Daerah Baling



BALING | Merupakan daerah kedua terbesar dalam negeri Kedah. Mempunyai Sempadan Daerah dengan Sik, Kuala Muda dan Kulim, Sempadan Negeri dengan Perak dan juga Sempadan Antarabangsa dengan Thailand.
Semua tiga gunung tertinggi Kedah terletak dalam sempadan daerah Baling iaitu Gunung Bintang (1862meter), Gunung Inas (1341 meter) dan Bukit Lata Papalang (1266 meter). Tetapi ada dua gunung lain di Pekan Baling walaupun rendah tetapi cantik, iaitu Gunung Pulai (610 meter) dan Gunung Baling (420 meter).

Panorama indah kedua-dua Gunung Pulai dan Gunung Baling ini boleh dilihat dari banyak tempat antaranya dari Kg Sg Limau, Kg Titi Teduri, Lubuk Pedati malah dari tengah pekan Baling. Lubuk Pedati terletak di kaki Gunung Baling terkenal dengan air sungainya yang jernih dan cetek, sesuai untuk family picnic, juga aktiviti kayak dari sungai Ulu Legong melalui Sg Ketil.

Tempat-tempat menarik yang lain di Baling ialah air terjun Lata Bayu, Lata Bukit Hijau, Lata Celak, Kg. Kuala Kedua, Sg. Angkat Ulu Legong, Ulu Legong Hot Spring, Gua Air dan Gua Sireh. Gua Sireh yang terbentuk dari batu kapur di Gunung Pulai ini mempunyai lebar 192 meter, tinggi antara 60 – 80 meter serta panjang gua hingga 400 meter.

Baling yang terkenal dengan lagenda Raja Bersiong turut merakam beberapa peristiwa penting negara kita. Antaranya Peristiwa Memali, Demonstrasi Baling dan Rundingan Baling. Baling mencatat skor paling tinggi berbanding semua bandar di seluruh negara, terpilih sebagai Bandar Paling Bahagia di Malaysia pada 2013.


📷 : Saiful, Rizal, Nelzajamal, Saifudin, Jia Qi, triphackerz
Kredit : Saiful Amir
#KedahKini